Wednesday, March 9, 2011


Selamat Tahun Baru 2011.



Rasanya dah hampir tiga tahun blog ini tak dibuka. Manakan tidak, kekangan tugas dan juga angkara terlupa yang blog ini boleh dibuka dan dikemaskini (buka sekali dan terus lupa....). Ha ha ha...

Apa-apapun, tak terlewat ucapan Selamat Tahun Baru 2011, walau sudah masuk bulan ke 3 dalam hampir ke separa semester. Tahun ini SK Pos Piah ditadbir ooleh Guru Besar yang baharu. Perubahan tak bermakna yang lama tak baik, lama dan tiada pembaharuan atau malar sahaja. Beralih angin, berikan suasana yang baharu dan inovasikan; itu alasan yang lebih sesuai.... Cuma kami agak sedih kerana setelah lama bersama dengan Guru Besar, Guru Kanan Pentadbiran dan Guru Kelas Tahun 1 selaku Guru Pendidikan Jasmani; kami akur dengan kehendak perubahan. Pengalaman bersama adalah amat dihargai dan sukar dilupakan.

Sekalung budi buat mantan Guru Besar, Encik Razali Bin Ahmad Shah ( Berkhidmat dari 21 Julai hingga Disember 2010) yang banyak menjaga, mengurus dan menyerlahkan lagi SK Pos Piah pada masyarakat. Majikan yang banya menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama warga SK Pos Piah dan masyarakat sekitar. Contoh guru dan pemimpin yang mesra dan memahami anak buahnya,
















Begitu juga penghargaan buat Encik Uzair Bin Abd. Rani, bekas Guru Kanan Ko-Kurikulum yang berkhidmat dari Julai 2009 hingga Dsember 2010. Terima kasih kerana memajukan lagi SK Pos Piah dalam akademik dan bidang ko-kurikulum. Banyak ilmu agama dan pengetahuan umum didapati dari beliau.

(Maaf cikgu. Tiada gambar sepadan yang lain dalam simpanan saya.)

















Juga penghargaan buat Encik Ahmad Akbar Bin Sofian @ Mokhtar, guru Pendidikan Jasmani SK Pos Piah.

No comments: