Friday, March 4, 2016

Kemaskini sementara.

Salam Tahun 2016.

Walau agak lewat, maaf kerana lama tak mengemaskini.

Kini Pos Piah menerima guru baharu sekali lagi.

Dua orang guru  baharu mendaftar pada awal 2015. Saudara Amar Faez dan Saudari Azreen Azyany Syazana. Segar dari IPG.

Guru lama yang meninggalkan kita atas sebab perkhidmatan adalah Encik Abdul Halim Bin Gumpal.

Malah Tuan Guru Besar, Haji Mohd. Azhanim B. Mohd. Yusoff juga berpindah ke sekolah lain atas sebab perkhidmatan cemerlang beliau.

Sunday, October 27, 2013

PIBG sekolah, sekadar makluman...

Maklumat PIBG SK Pos Piah 


PIBG SK Pos Piah (ABA4052)
Tahun 2013 (NOMBOR PENDAFTARAN : PIBG PK 1072)
Didaftar pada : 31 Mac 2005
Tarikh Pendaftaran : 01 April 2005

AJK PIBG

·         Penasihat PIBG
En. Abd Malik Bin Ghazali
(GURU BESAR SK POS PIAH)

·         Yang Di Pertua PIBG
En. Halim Bin Itam
(NO. KP: 510922085419) KG. GENTES

·         Timbalan Yang Di Pertua PIBG
En. Hasim Bin Lumin
(NO. KP: 630516085209) KG. TERAS

·         Setiausaha  
En.Mohamad Shahril B. Ishak   
(GURU KELAS TAHUN 3)

·         Bendahari
En. Norazman B. Zakaria
(GURU AKADEMIK )

·         Ahli Jawatankuasa PIBG
1.    En. Ahmad B. Pandak (NO. KP: 730307O85233) KG. GENTES
2.    En. Abas B. Lewin (NO. KP: 710412086151) KG. TERAS
3.   En. Ahmad B. Busu (NO. KP: 590514085279) KG. PIAH
4.   En. Abd. Samad B. Long (NO. KP: 620923085565) KG. KEMBOK


·         Wakil Batin dan Ibu bapa Kg. Piah
En. Itam bin Long (670516086363) KG. PIAH

·         Wakil Batin dan Ibu bapa Kg. Teras
En. Sudin bin Busu (NO. KP: 681014086009) KG. TERAS

·         Wakil Batin dan Ibu bapa Kg. Kembok
En. Ariffin bin Baleh (NO. KP: 710923085871) KG KEMBOK

·         Wakil Batin dan Ibu bapa Kg. Gentes
En. Ahmad bin Pandak (NO. KP: 730307O85233) KG. GENTES



·         Juru Audit Dalaman
1.   Staf Guru: En. Sayuti B. Ahmad (GURU KANAN PENTADBIRAN)

2.   Ibu Bapa : En. Agong B. Ajik (NO. KP: 751009085109)

Semua ajk menjalankan tugas dengan baik dan berfungsi, terutamanya YDP dan Batin...

Thursday, October 17, 2013

Sekolah Dah Buka !!!

VLE Frog

VLE frog Pos Piah kini beroperasi buat guru-guru pos piah.
Password dan username dapatkan dari Encik Mohd. Faiz....


Bincang Kita

Saya masih belu mengadiri sebarang Kursus KSSR Untuk pengajaran Tahun 4 (2014). Namun apa yang saya dapat daripada kawan-kawan yang telah menghadiri terutamanya Kursus KSSR pengajaran Matematik, sistem penilaian murid perlu dikemaskini dalam pengkalan data menggunakan Excel. Dan ia berbeza dengan pemarkahan / pengisian penguasaan murid Tahun 1 hingga 3 kini yang menggunakan SPPBS.

Bagaimanapu saya masih belum jelas lagi, mungkin dengan menghadirkan diri ke Kursus KSSR nanti dapat memberikan gambaran jelas pada saya.

Lagipun tak ada lagi guru yang menghantar kepada saya minit curai yang boleh manggambarkan perlaksanaan KSSR Tahun 4 nanti.

Jadi, tunggu  sahajalah.....

Oh ya.... Masih dalam 'mood' atau suasana beraya Haji, ada guru agak janggal mengajar pada Hari Raya Haji kedua ini (Rabu 16 Oktober) termasuk saya. Pengajaran dan pembelajaran bagaimanapun perlu diteruskan jua.

Selamat Hari Raya Haji sekali lagi. Hari ini hari terakhir ibadah korban kita....

Friday, October 11, 2013

Sabtu 12/10/2013

Taklimat Frog OS untuk laman Online Sekolah. Di BTPN Negeri Perak, Tasek. Dari 10 oktober hingga 12 oktober 2013 melibatkan Encik Mohd. Faiz Bin Hashim (Guru ICT) dan En. Hazrin B. Shaharani (Guru ICT (Ganti)).

Isi pengajaran yang menarik dan membantu. Pembaharuan kepada laman web sekolah seliaan Joomla yang agak kurang dikemaskini. Laman Web sekkolah Joomla kini tidak beroperasi  dan alamat yang ada dahulu telahpun ditutup.




Wednesday, March 9, 2011


Selamat Tahun Baru 2011.



Rasanya dah hampir tiga tahun blog ini tak dibuka. Manakan tidak, kekangan tugas dan juga angkara terlupa yang blog ini boleh dibuka dan dikemaskini (buka sekali dan terus lupa....). Ha ha ha...

Apa-apapun, tak terlewat ucapan Selamat Tahun Baru 2011, walau sudah masuk bulan ke 3 dalam hampir ke separa semester. Tahun ini SK Pos Piah ditadbir ooleh Guru Besar yang baharu. Perubahan tak bermakna yang lama tak baik, lama dan tiada pembaharuan atau malar sahaja. Beralih angin, berikan suasana yang baharu dan inovasikan; itu alasan yang lebih sesuai.... Cuma kami agak sedih kerana setelah lama bersama dengan Guru Besar, Guru Kanan Pentadbiran dan Guru Kelas Tahun 1 selaku Guru Pendidikan Jasmani; kami akur dengan kehendak perubahan. Pengalaman bersama adalah amat dihargai dan sukar dilupakan.

Sekalung budi buat mantan Guru Besar, Encik Razali Bin Ahmad Shah ( Berkhidmat dari 21 Julai hingga Disember 2010) yang banyak menjaga, mengurus dan menyerlahkan lagi SK Pos Piah pada masyarakat. Majikan yang banya menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama warga SK Pos Piah dan masyarakat sekitar. Contoh guru dan pemimpin yang mesra dan memahami anak buahnya,
















Begitu juga penghargaan buat Encik Uzair Bin Abd. Rani, bekas Guru Kanan Ko-Kurikulum yang berkhidmat dari Julai 2009 hingga Dsember 2010. Terima kasih kerana memajukan lagi SK Pos Piah dalam akademik dan bidang ko-kurikulum. Banyak ilmu agama dan pengetahuan umum didapati dari beliau.

(Maaf cikgu. Tiada gambar sepadan yang lain dalam simpanan saya.)

















Juga penghargaan buat Encik Ahmad Akbar Bin Sofian @ Mokhtar, guru Pendidikan Jasmani SK Pos Piah.

Monday, November 19, 2007

Pendaftaran

Pendaftaran buat blog SKPPH a.k.a Sekolah Kebangsaan Pos Piah,Sg. Siput Utara.
Sangka saya susah sangat.... Kalau tahu senang nak buat blog ni, lama dah buat.